NGO pertama buka PPV awam berkonsepkan dalam taman  - Utusan Malaysia

NGO pertama buka PPV awam berkonsepkan dalam taman 

CHUA Sui Hau (dua dari kiri) memberi penerangan kepada media berkaitan perjalanan operasi di PPV Shop-in d'Park Autocity, Juru, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan kebajikan One Hope Charity and Welfare Bhd. tampil dengan inisiatif mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sendiri dalam usaha membantu kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi sekali gus mencapai sasaran imuniti kelompok lebih awal.

Dijangka beroperasi di sebuah kawasan taman tema iaitu Shop-in d’Park Autocity, Juru di sini, mulai esok, inisiatif itu juga menjadikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang pertama di negara ini mengendalikan PPV sendiri.

Pengerusinya, Datuk Chua Sui Hau berkata, PPV tersebut akan beroperasi untuk tempoh tiga bulan dengan nilai kos operasi sebanyak RM1.5 juta.

“Sebelum ini kami membantu PPV lain beroperasi termasuk menyumbangkan tenaga kerja dan sebagainya.

“Sedangkan kami mempunyai pasukan perubatan, sukarelawan dan peralatan-peralatan perubatan sendiri. Jadi, di situlah timbulnya idea ini (untuk wujudkan PPV),” katanya kepada pemberita semasa meninjau PPV tersebut, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN