Musang king: Kenapa tebang? Kenapa tak diwartakan sebagai hak kerajaan negeri? - Utusan Malaysia

Musang king: Kenapa tebang? Kenapa tak diwartakan sebagai hak kerajaan negeri?

Foto dari FB Fadzil Hj Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menebang pokok durian Musang King yang lebat berbuah di kawasan seluas 101 hektar dekat Hutan Simpan Batu Talam dipersoalkan oleh netizan.

Mereka bertanya kenapa pokok yang sedang berbuah lebat itu ditebang begitu sahaja.

Kata mereka, tidak bolehkah jika tanah itu dirampas dan semua pokok durian itu diwartakan sebagai hak kerajaan negeri kemudian letakkan di bawah anak syarikat kerajaan negeri untuk diuruskan.

Lagi pula kata mereka, kawasan itu sudah diusahakan oleh 20 pekebun sejak 20 tahun lalu.

Agak menyedihkan apabila pokok-pokok durian musang king itu ditebang ketika buahnya hampir gugur.

Pengguna Facebook Kori Ariff berkata: “Apabila kerajaan negeri mengambil balik tanah itu dan memang pun hak kerajaan negeri, maka ia menjadi milik kerajaan negeri yang bererti milik rakyat, khususnya rakyat negeri Pahang.

“Sekurang-kurangnya, buah durian musang king itu boleh dihadiahkan kepada rakyat Pahang B40 dan M40 yang tidak mampu membeli buah berkenaan.
Jadi, semua orang mampu merasai kelazatan musang king.
“Tetapi, Jabatan Perhutanan kini cenderung untuk memusnahkan semuanya. Mungkinlah ada sebab tertentu. Mungkin juga durian bukan kategori pokok hutan.
Jika dimilik negerikan pokok itu, barangkali semua orang Pahang akan dapat menikmati durian musang king.”

Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji berkata, keseluruhnya sebanyak 200 pokok berumur antara 17 hingg 18 tahun telah ditebang.

Katanya, kerajaan negeri bersama dengan agensi-agensi terbabit sepatut duduk berunding bagi menyelesaikan masalah teersebut secara baik.

“Di Rauh terdapat lebih 11,000 kawasan tanah haram termasuk kawasan Melayu, jangan ambil tindakan berdasarkan provokasi kaum.

“Minta Menteri Besar Pahang supaya ada tolak ansur selesaikan masalah rakyat. Ini sudah 20 tahun. Kalau ditebang ketika usia satu tahun mungkin orang boleh terima

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya