Negeri Sembilan capai 100% pendaftaran vaksinasi - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan capai 100% pendaftaran vaksinasi

AMINUDDIN Harun ketika meninjau perjalanan proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega, Institut Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Seremban baru-baru ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan hari ini mencapai 100 peratus atau815,980 orang bagi pendaftaran vaksinasi untuk penduduk atas 18 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah pendaftaran berkenaan menunjukkan rakyat negeri ini menyedari kepentingan vaksin sebagai instrumen melawan pandemik Covid-19.

“Insya-Allah, kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha bagi memastikan kadar vaksinasi meningkat dan imuniti kelompok dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga hari ini, seramai 199,526 orang penduduk di negeri ini telah lengkap memperoleh vaksin Covid-19 mereka.

Seramai 815,980 orang pula telah selesai memperoleh vaksinasi bagi dos pertama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya