Nafi dakwaan walk-in di tiga PPV untuk dapat vaksin

Nafi dakwaan walk-in di PPV untuk dapat vaksin

TANGKAP layar hantaran Facebook Negeri Sembilan Kini yang mendakwa orang ramai boleh mendapatkan vaksin secara walk-in di tiga buah PPV dinyatakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Sembilan menyangkal dakwaan bahawa orang ramai boleh mendapatkan vaksin secara walk-in di tiga buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini bermula 1 Ogos depan seperti yang tular dalam Facebook.

CITF Negeri Sembilan memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan awam berkenaan perkara itu melalui satu hantaran menerusi facebook Negeri Sembilan Kini.

“Laman Facebook Negeri Sembilan Kini menyatakan pada 1 Ogos 2021 boleh walk-in sahaja di mana-mana PPV dan menyenaraikan PPV Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Hospital UCSI Port Dickson dan Dewan Orang Ramai Sikamat, Seremban sebagai PPV yang dimaksudkan.

“CITF Negeri Sembilan ingin menegaskan bahawa maklumat yang dipaparkan di dalam laman Facebook Negeri Sembilan Kini adalah tidak benar dan pihak kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau dibenarkan walk-in di mana-mana PPV Awam dan Swasta yang sedang beroperasi di negeri ini,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Jelas kenyataan tersebut lagi, bagi tujuan pemberian vaksin di Negeri Sembilan semua pemberian vaksin dilaksanakan melalui janji temu yang diselaraskan melalui aplikasi MySejahtera.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan hadir tanpa janji temu ke mana-mana PPV di Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2021 dan dimohon agar mematuhi tarikh janji temu yang diberikan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

CITF Negeri Sembilan akan terus menggiatkan usaha pemberian vaksin kepada rakyat Negeri Sembilan melalui 96 PPV awam dan swasta melalui Program Pemberian Vaksin secara outreach di seluruh daerah di Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya