MPSepang buka PPV di MMU 15 Julai ini - Utusan Malaysia

MPSepang buka PPV di MMU 15 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan membuka sebuah lagi 

pusat pemberian vaksin (PPV) di daerah ini dalam usaha mempercepat proses vaksinasi kepada penerima di sekitar daerah ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, PPV berkenaan akan mula beroperasi di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada 15 Julai ini dan mampu memuatkan sehingga 5,000 penerima sehari.

“Ketika ini hanya satu PPV yang dikendalikan MPSepang iaitu di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST).

“PPV ini mampu menerima kehadiran kira-kira 1,000 penerima suntikan vaksin sehari dan telah beroperasi sejak tiga bulan lalu,” katanya selepas mengiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang meninjau proses pemberian vaksin di PPV Movenpick, Sepang di sini semalam.

Tambah Abd Hamid, jaminan kelancaran proses penerimaan vaksin di dua PPV berkenaan turut diberikan berdasarkan perancangan yang telah dan akan dilaksanakan.

“Setakat ini semuanya berjalan lancar sebagaimana mengikut perancangan. Kita turut menyediakan kawasan tempat kereta selain penyediaan pengangkutan ke tempat PPV selain memastikan aspek keselamatan terjamin,” tegasnya.

Sementara itu, beliau berkata, MPSepang menggalakkan semua penerima suntikan vaksin hadir PPV mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan dalam aplikasi MySejahtera.

Katanya, ia bagi mengelakkan berlakunya pertindihan kehadiran yang menyebabkan kesesakan di PPV.

“Ada yang datang tidak mengikut masa yang ditetapkan, jadi kita sememangnya mengharapkan penerima suntikan hadir mengikut tarikh dan masa yang telah diberikan.

“Tindakan ini perlu untuk mengelakkan berlakunya kesesakan yang seterusnya menyebabkan kelewatan proses suntikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN