MPN akan gagal jika libatkan kerajaan - Pejuang - Utusan Malaysia

MPN akan gagal jika libatkan kerajaan – Pejuang

Calon PRN Johor yang akan diperkenalkan nanti mestilah calon bersih, cekap dan amanah. - Mukhriz Mahathir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Majlis Pemulihan Negara (MPN) tidak akan berjaya jika melibatkan mereka yang berada dalam  kerajaan hari ini, dakwa Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, penubuhan MPN yang kini diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberi perbezaan kerana beliau ternyata gagal dalam menguruskan hal Covid-19 yang kini berada pada tahap membimbangkan.

“Bagaimana rakyat boleh berharap satu perubahan besar berlaku sekiranya pemimpin yang terbukti gagal seperti Mahiaddin (Muhyiddin) mengepalai MPN?

“MPN hanya akan berjaya jika tidak melibatkan mereka dari kerajaan gagal ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan semalam  mengumumkan akan menubuhkan Majlis Pemulihan Negara, yang mana tujuan asalnya adalah  mengatasi masalah Covid-19 yang tidak dapat diatasi dan diuruskan oleh kerajaan gagal ini.

Untuk tujuan itu, majlis ini diberi kuasa autonomi menggantikan kuasa eksekutif Kabinet dan bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong serta mendapat pandangan dan cadangan dari Parlimen.

Menurut Mukhriz, apabila Muhyiddin dinamakan sebagai pengerusi MPN yang diumumkan  kerajaan, tujuan asal cadangan itu menjadi tidak lagi relevan.

“Selaku Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin telah mendapat kelulusan Bajet Nasional yang terbesar dalam sejarah negara, melancarkan pelbagai pendekatan bagi menangani penularan Covid-19, malah telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat supaya Kerajaan PN ini dapat bebas membuat sesuka hati tanpa diganggu oleh Parlimen dan Perlembagaan Persekutuan.

“Namun beliau masih gagal  menyekat penularan wabak ini, dengan angka-angka jangkitan dan kematian terus meningkat, rakyat semakin tertekan sehingga kes-kes bunuh diri juga bertambah,” ujarnya.

Kata beliau, perkara itu menimbulkan kekeliruan terhadap rakyat yang terus dikurung, namun tiada kesan positif sehingga hari ini untuk masyarakat dan negara.

“Tindakan Tan Sri Mahiaddin ini sekadar mahu mengelirukan orang ramai dan tidak sama sekali membawa roh dan aspirasi MPN yang asalnya dicadang oleh Tun Mahathir Mohamad,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya