Mesyuarat khas Parlimen 26 Julai ini - Utusan Malaysia

Mesyuarat khas Parlimen 26 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 Julai ini bagi Dewan Rakyat.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, tempoh mesyuarat bagi Dewan Rakyat itu berlangsung dari 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Jelasnya, bagi Dewan Negara pula akan berlangsung tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos depan.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat bertujuan memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan sidang Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament).

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya hari ini.

Pejabat Perdana Menteri turut memberitahu, nota Kabinet telah diedar secara berutus kepada Kabinet untuk mengambil maklum mengenai perkara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.