LONDON : Pilihan kedua, Daniil Medvedev melakar kejutan dengan menyingkirkan naib juara 2017, Marin Cilic untuk berada di pusingan keempat Wimbledon.
Medvedev akan bertemu Hubert Hurkacz selepas mencipta kemenangan 6-7 (3/7), 3-6, 6-3, 6-3, 6-2 ke atas Cilic.
Ini merupakan kali pertama Medvedev menang perlawanan selepas kalah dua pusingan dalam kariernya.
“Kali pertama saya di Wimbledon. Luar biasa, dua kali di Wimbledon saya ketinggalan dua set.
“Menentang David Goffin pada 2019, selepas waktu rehat di pusingan kelima saya tewas.
“Apabila saya ke tandas pada set keempat, saya berharap ia tidak akan berulang lagi.
“Apabila kedudukan menjadi 5-2, saya rasa saya akan menang perlawanan ini,” katanya – AFP