MBJB henti penggunaan aset bagi aktiviti bermotif politik serta merta - Utusan Malaysia

MBJB henti penggunaan aset bagi aktiviti bermotif politik serta merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)  membuat keputusan menghentikan serta merta segala penggunaan aset milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi kegunaan program bermotifkan politik.

MBJB dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan itu dibuat ekoran kejadian yang tular baru-baru ini memaparkan lori mereka digunakan dalam program anjuran pertubuhan politik.

Menurut kenyataan itu, pihaknya ambil maklum berkaitan aduan yang disampaikan orang ramai berhubung kejadian tersebut.

“MBJB tidak pernah membenarkan mana-mana pihak menggunakan aset milik majlis dalam sebarang kegiatan yang berkaitan dengan politik.

“(Ini termasuk) menggunakan lambang parti politik pada aset majlis atau lain-lain perkara berkaitan agenda atau kepentingan politik yang jelas bertentangan dengan dasar ditetapkan MBJB,” jelas kenyataan itu.

Semalam, tular dalam media sosial beberapa keping gambar menunjukkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar menggunakan lori milik MBJB untuk menyampaikan bantuan barangan keperluan kepada golongan memerlukan dengan turut memaparkan bendera Barisan Nasional (BN).

Yahya bagaimanapun  mengeluarkan kenyataan mengakui kesalahan beliau serta memberitahu sebab menggunakan lori berkenaan adalah kerana jumlah barangan yang disumbangkan adalah besar dan di luar kapasiti pasukannya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya