fbpx

Malaysia masih amal  ‘Tak Nak Sirip Yu’ 

SIRIP ikan yu amat popular dijadikan hidangan mewah kebanyakan restoran makanan laut di seluruh dunia. – IHSAN WWF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengingatkan masyarakat terutama golongan nelayan tempatan agar tidak cuba berniat menangkap ikan yu dengan sengaja.

Menerusi hantaran dalam akaun sosial rasmi agensi itu, ia memaklumkan, aktiviti perikanan yang memang menyasarkan ikan yu sebagai tangkapan utama masih lagi dilarang keras.

“Malaysia sebagai menyokong kempen ‘Tak Nak Sirip Yu’ malah mengharamkan hidangan sup sirip ikan ini dalam sebarang jamuan rasmi kerajaan sejak 2014,” kata jabatan tersebut.

Ia merujuk laporan global terbaharu diterbitkan Dana Alam Semula Jadi Sedunia (WWF) yang menyenaraikan Malaysia antara pengimport terbesar ikan berkenaan di peringkat global.

Badan bukan kerajaan antarabangsa berpusat di Switzerland yang ditubuhkan pada 1961 itu bahkan menamakan empat sajian utama rakyat Malaysia sebagai punca yu semakin pupus.

Mengulas lanjut, DOF berkata, kempen larangan sirip yu itu yang dilancarkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sejak 2016 masih lagi berterusan diwartakan sehingga kini.

“Ia bertujuan mengurangkan permintaan masyarakat terhadap sirip ikan dan membuktikan Malaysia amat prihatin terhadap usaha konservasi di arena nasional dan sejagat,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI