Makan durian di PPV: Tiga individu dipanggil beri keterangan - Utusan Malaysia

Makan durian di PPV: Tiga individu dipanggil beri keterangan

TANGKAP layar video tular sekumpulan individu didakwa menikmati durian di PPV Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis akan memanggil tiga individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan berhubung video tular sekumpulan individu berkumpul beramai-ramai dan makan durian di bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian itu bagaimanapun tidak boleh didedahkan.

“Tiga individu akan dipanggil untuk rakam percakapan hari ini. Kes masih dalam siasatan,” tulisnya ringkas apabila ditanya berhubung perkembangan siasatan melibatkan kejadian berkenaan hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi 26 saat yang memaparkan seramai kira-kira 20 individu berkumpul di bahagian tepi dewan dipercayai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.

Dalam video berkenaan, beberapa wanita berpakaian seragam jururawat turut kelihatan memakan durian.

Kes tersebut disiasat dibawah peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN