Lengan budak tersepit engsel pintu kereta  - Utusan Malaysia

Lengan budak tersepit engsel pintu kereta 

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 10 minit apabila lengan kanannya tersepit pada engsel pintu kereta di tepi jalan Perumahan Polis, Fasa 2, Ayer Itam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 10 minit apabila lengan kanannya tersepit pada engsel pintu kereta di tepi jalan Perumahan Polis, Fasa 2, Ayer Itam di sini, hari ini.

Kejadian itu berlaku pukul 12.41 tengah hari apabila mangsa dikatakan berada bersama abangnya di dalam kereta jenis Perodua Axia berkenaan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kanak-kanak tersebut dalam keadaan menangis manakala bahagian  bahu hingga lengan kanannya tersepit di antara bahagian pintu penumpang hadapan dan belakang.

“Sebaik sahaja melihat kehadiran kami,  kanak-kanak itu terus memeluk saya dan ketika itu terdapat ramai orang di sekelilingnya. Dia seperti berada dalam keadaan fobia.

“Kami memujuk mangsa ketika cuba membantu mengeluarkan tangannya yang tersepit tanpa melibatkan sebarang kecederaan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Zulkhairi memberitahu, operasi menyelamat hanya mengambil masa  kurang 10 minit dan kanak-kanak tersebut dilaporkan berada dalam stabil sebaik sahaja tangannya dikeluarkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN