Lelaki panjat kondominium ala ‘Spiderman’ untuk mencuri

Lelaki panjat kondominium ala ‘Spiderman’ untuk mencuri

AKSI seorang lelaki yang dirakam sedang memanjat bangunan sebuah kondominium untuk melakukan jenayah sebelum berjaya diberkas di Kondominium Aliff Residence, Tampoi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penduduk di Kondominium Aliff Residence, Tampoi di sini digemparkan dengan kehadiran seorang lelaki beraksi ala ‘Spiderman’ dengan memanjat bangunan berkenaan dari satu tingkat ke tingkat lain dipercayai untuk melakukan kegiatan jenayah.

Tindakan lelaki berkenaan dirakam penduduk menerusi satu video berdurasi 53 saat yang tular dalam medial sosial sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat.

Lelaki itu dilihat bertindak memanjat naik ke luar bangunan dari tingkat 14 hingga ke tingkat 18 sebelum turun semula ke tingkat 14.

Kejadian itu disedari penduduk pada pukul 4 petang semalam sebelum individu berkenaan ditahan pihak berkuasa kira-kira setengah jam kemudian.

Seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, lelaki itu cuba memasuki rumahnya dan mengugut akan mencederakan sekiranya tidak membuka ‘sliding door’ beranda rumahnya.

“Kebetulan ‘sliding door’ rumah saya rosak, saya dan anak cuba menutupnya dari dalam manakala pencuri berkenaan cuba membuka dan mengugut kononnya dia ada pistol.

“Manalah kami jangka pencuri boleh naik hingga ke tingkat tinggi dari beranda ke beranda bangunan kondominium seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, kejadian itu menyebabkan dia dan keluarga berasa fobia kerana telah berdepan situasi yang menakutkan dimana mereka perlu menghalang ‘sliding door’ dari dibuka dan diugut pencuri.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Nordatul Badrol Abd. Rahman berkata, suspek ditahan penduduk setempat ketika berada di beranda tingkat 19 kondominium itu.

“Seramai 14 anggota yang tiba ke lokasi kejadian mendapati suspek telah ditahan orang awam ketika dipercayai cuba untuk memecah masuk salah sebuah rumah berkenaan.

“Lelaki berusia 30-an itu kemudian diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada pukul 5.11 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.