Lelaki maut terjatuh pokok manggis - Utusan Malaysia

Lelaki maut terjatuh pokok manggis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari  pokok manggis dalam kejadian di Kampung Geduk, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, mangsa, Norhizan Jasman, 47, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gemencheh dekat sini, kira-kira sejam selepas kejadian tersebut.

Ujar beliau, polis menerima panggilan daripada pembantu perubatan klinik kesihatan berkenaan yang memaklumkan terdapat seorang lelaki meninggal dunia di klinik itu.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari pokok kira-kira pukul 5 petang berdasarkan maklumat yang diterima daripada saksi kejadian di lokasi tersebut.

“Saksi memberitahu, mangsa memanjat pokok manggis di belakang rumah saksi tersebut kira-kira pukul 3.30 petang manakala dia  menunggu di bawah pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anuwal, saksi  ternampak mangsa jatuh dari pokok manggis dan mangsa segera dibawa ke klinik kesihatan berhampiran.

“Mangsa  diberikan rawatan kecemasan oleh pegawai perubatan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 6.02 petang.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya