Lelaki maut tercampak jejambat Kerinchi Link - Utusan Malaysia

Lelaki maut tercampak jejambat Kerinchi Link

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesara tentera maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar batu penghadang di kiri jejambat sebelum dia tercampak dari jejambat setinggi 10 meter di Lebuhraya Kerinchi Link, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa, Alamsah Abdul Rahman, 54, dipercayai datang dari arah pusat bandar raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di kiri jejambat menyebabkan dia tercampak ke susur Lebuh Raya Persekutuan.

“Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini. –  UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN