Lantikan Ismail Sabri amat tepat - Pas - Utusan Malaysia

Lantikan Ismail Sabri amat tepat – Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas yakin pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah amat tepat dalam membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan negara terutama menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, presiden parti dan seluruh kepimpinan serta ahli-ahli Pas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri atas perlantikannya ke jawatan itu.

“Pas yakin pelantikan beliau amat tepat berdasarkan pengalamannya sebagai seorang menteri dan menteri kanan serta adalah pemimpin UMNO paling kanan dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Pas yakin beliau dapat membantu Perdana Menteri dalam menguruskan negara terutama menjayakan Pelan Pemulihan Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Hari ini, Perdana Menteri dalam satu kenyataan, melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan berkuat kuasa serta merta.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri serta membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Tambah beliau, pihaknya turut mengucapkan tahniah kepada Hishamuddin yang juga merupakan anggota kanan dalam kerajaan sebelum ini.

“Diyakini mampu berganding tenaga dengan semua anggota Kabinet yang lain ke arah membawa Malaysia lebih dihormati di peringkat antarangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN