JOHOR BAHRU: Kejadian bunuh diri semakin banyak dilaporkan berlaku di negeri ini dalam tempoh negara sedang berdepan pelbagai cabaran khususnya ekonomi ketika pandemik Covid-19.
Terbaharu, seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Taman Molek, di sini hari ini.
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun itu ditemukan maut kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Difahamkan, mangsa ditemukan dalam keadaan tergantung dengan wayar di ruang tamu rumah kediaman terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian tersebut.
“Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam menerima laporan berhubung penemuan seorang lelaki dewasa berusia 44 tahun mati dalam keadaan tergantung dengan wayar.
“Lelaki terbabit ditemuikan di ruang tamu rumahnya di Taman Molek, punca kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.










