Konvoi himpunan #LAWAN: IPD Sepang ambil  keterangan  tiga individu  - Utusan Malaysia

Konvoi himpunan #LAWAN: IPD Sepang ambil  keterangan  tiga individu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiga individu tampil memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini berhubung penyertaan konvoi dalam himpunan #LAWAN di sekitar Kuala Lumpur, semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad.

Beliau berkata, setakat ini, polis merakam percakapan ke atas tiga individu yang hadir di IPD Sepang berhubung penyertaan konvoi berkenaan.

“Bagaimanapun, kes masih lagi dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, difahamkan seramai 30 orang diarahkan hadir memberi keterangan di beberapa balai polis untuk membantu siasatan berkaitan Konvoi #LAWAN.

Dalam himpunan Konvoi #LAWAN itu semalam, sebanyak 15 kereta dan sebuah motosikal didapati berkonvoi serta mengibarkan bendera hitam sebagai tanda menyertai himpunan #LAWAN untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan di sekitar pusat bandar.

Bagaimanapun, pada Jumaat, media melaporkan pihak polis memberi amaran kepada individu yang terlibat dengan kempen berkenaan supaya tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kes disiasat mengikut Peraturan 9 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN