Kes bunuh diri agenda utama - Azalina  - Utusan Malaysia

Kes bunuh diri agenda utama – Azalina 

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes bunuh diri dijadikan agenda utama dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial apabila bermesyuarat nanti. 

Pengerusinya, Datuk Sri Azalina Othman Said berkata, matlamat itu sejajar dengan fungsi jawatan kuasa tersebut untuk menyiasat dan melaporkan sebarang cadangan, usul, petisyen, laporan atau dokumen berkaitan hal ehwal wanita dan kanak-kanak serta pembangunan sosial di negara ini. 

“Saya amat khuatir dengan statistik yang menunjukkan bahawa golongan wanita dan kanak-kanak berumur 15 hingga 18 tahun adalah golongan majoriti dalam kes bunuh diri berbanding golongan lelaki dan dewasa.

“Jadi, saya yakin dengan mengoptimumkan fungsi dan peranan jawatan kuasa pilihan khas ini akan membantu kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian yang tuntas agar isu ini dapat dibendung dari terus mengancam dan memberi kebimbangan dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu antara lain menjelaskan, jawatan kuasa tersebut mempunyai kuasa  memanggil individu atau pihak yang mempunyai kepakaran dan kemahiran di bawah Peraturan Mesyuarat 83 (2). 

Malah, di dalam Peraturan Mesyuarat 86 juga menyatakan jawatan kuasa itu akan menyiapkan dan membentangkan penyata jawatankuasa yang mengandungi syor-syor berkaitan isu tersebut. 

Untuk rekod, sebanyak 1,738 kes bunuh diri dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 hingga Mei lalu dan jumlah itu melibatkan 609 kes untuk tahun 2019, 631 (2020) dan 498 pada Januari hingga Mei lalu.

Seramai 872 mangsa berusia 15 hingga 18 tahun mnakala 19 tahun seramai 668 orang. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN