Kerajaan tunggu syor keperluan suntikan 'booster' - Utusan Malaysia

Kerajaan tunggu syor keperluan suntikan ‘booster’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menunggu syor daripada kumpulan pakar tentang keperluan suntikan ‘booster’ kepada rakyat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, syor tersebut akan diperoleh pada minggu hadapan, akan turut dibentang sama ada boleh memberi jenis vaksin lain daripada apa yang diterima sebelum ini.

“Buat masa ini kita masih menunggu syor dari Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pemilihan Calon Vaksin Covid-19, Kementerian Kesihatan, Dr, Kalaiarasu M Periasamy, yang pada minggu hadapan akan memberi syor berkenaan keperluan sama ada perlu suntikan booster atau tidak.

“Ini juga akan dibentang bukan sahaja berdasarkan keperluan dan pengalaman dari negara-negara lain, tetapi sama ada kita dapat memberi vaksin yang berbeza dari vaksin asal yang kita terima,” katanya dalam sesi penggulungan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, terdapat beberapa negara yang mengamalkan vaksinasi heterologi seperti Korea dan Jerman susulan gangguan bekalan vaksin.

Namun, pihaknya akan mendapatkan syor mengenai perkara itu berdasarkan data ‘real-world’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN