Kerajaan pisahkan fungsi Peguam Negara, Pendakwa Raya - Takiyuddin - Utusan Malaysia

Kerajaan pisahkan fungsi Peguam Negara, Pendakwa Raya – Takiyuddin

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan kerajaan telah memulakan perancangan ke arah memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Beliau berkata, ia akan ditambah baik melalui kajian perbandingan dengan negara-negara lain namun dengan kesesuaian sistem perundangan di negara ini.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa terbuka dan bersedia mengambil langkah-langkah bagi memelihara integriti serta kepercayaan awam (public confidence) terhadap badan perundangan termasuk Jabatan Peguam Negara dan seumpamanya.

“Buat masa ini bagi menjamin aspek keadilan dan memenuhi prinsip keluhuran undang-undang (rule of law) serta dalam masa sama mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest), kerajaan telah memulakan perancangan ke arah memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya,” katanya.

Takiyuddin juga mengulas mengenai gesaan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menuntut supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi pembaharuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kerajaan juga tiada halangan mempertimbangkan langkah mewujudkan RCI sekiranya ada keperluan berdasarkan fakta, undang-undang dan juga langkah-langkah pihak-pihak tertentu yang boleh menimbulkan persoalan integriti dan keyakinan terhadap badan perundangan yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan dalam aspek perundangan serta penjaga kepada keadilan jenayah (gate keepers of criminal justice),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya