“Kami memilih mendahulukan urusan keluarga” - Bapa Lan Solo meninggal dunia - Utusan Malaysia

“Kami memilih mendahulukan urusan keluarga” – Bapa Lan Solo meninggal dunia

PERKONGSIAN Sheila di Instagram mengenai Lan Solo yang berdiri di luar Wad Bunga Raya selepas pemergian bapa penyanyi itu di Hospital Taiping.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Sheila Hassim memaklumkan khabar pemergian bapa mentuanya, Mohamed Yusof Isa yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak pada pukul 4 pagi, hari ini.

Berita duka itu dikongsi menerusi Instagram Sheila dengan memuat naik sekeping gambar hitam putih menyaksikan bekas vokalis kumpulan Kristal sedang berdiri di luar Wad Bunga Raya hospital tersebut.

“Akhirnya selesai sudah urusan dunia ayah mentua saya. Kami memilih mendahulukan urusan keluarga. Sudilah kiranya kalian sedekahkan al-Fatihah untuk beliau.

“Untuk semua kaum keluarga dan teman-teman rapat yang sangat memahami keadaan ketika ini. Terima kasih banyak-banyak. Hanya kalianlah pembangkit semangat buat kami ketika masa-masa begini.

“Sepanjang hari ini kami akan sedikit sibuk untuk urusan pengebumian. Insya-Allah mohon semuanya diberi kelancaran,” jelas isteri penyanyi itu.

Meninjau akaun IG Lan Solo atau nama lengkapnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, Ahad lalu dia ada memuat naik perkongsian bapanya dikejarkan ke hospital kerana kesihatan kurang sihat.

“Moga Allah angkat sakit abah sihatkan macam dulu-dulu atau lebih baik dari sebelumnya Amin,” coret Lan.

Hasil perkongsian pada entri Sheila, rata-rata rakan selebriti dan peminat mereka melayangkan titip salam takziah dan dipanjatkan doa buat arwah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.