Kadar vaksinasi rekod tertinggi, lebih 500,000 dos sehari - PM - Utusan Malaysia

Kadar vaksinasi rekod tertinggi, lebih 500,000 dos sehari – PM

MUHYDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar vaksinasi harian semalam berjaya merekodkan jumlah tertinggi iaitu berjumlah 507,050 dos.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini sekali gus menjadikan jumlah individu yang telah menerima dos pertama setakat ini ialah seramai 10,920,862 dan sejumlah 5,104,054 individu lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Beliau turut mengumumkan sebanyak 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8 peratus pula mendapat dos penuh.

“Sejak 12 Julai lalu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya merekodkan pemberian dos harian sebanyak lebih 400,000 dos hampir setiap hari.

“Pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan dan sudah semestinya perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Muhyiddin berkata, vaksinasi dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

Beliau pada masa sama berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap PICK, terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang membantu melancarkan pelaksanaan program ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya