Johor terima tambahan 300,000 dos vaksin bulan ini - Utusan Malaysia

Johor terima tambahan 300,000 dos vaksin bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan Pusat memperuntukkan tambahan 300,000 dos vaksinasi Covid-19 buat negeri ini dalam usaha meningkatkan lagi peratusan penduduk yang mendapat perlindungan tambahan daripada wabak Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dalam satu hantaran ringkas dimuat naik beliau dalam laman sosial miliknya.

Menurut Hasni, pertambahan jumlah vaksin itu menjadikan keseluruhan vaksin diterima Johor bagi bulan ini adalah sebanyak 1,294,732 dos.

“Terima kasih Khairy Jamaluddin (Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) dan JKJAVMY (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19) untuk tambahan 300,000 dos vaksin kepada negeri Johor.

“(Pertambahan itu) Secara langsung menjadikan 1,294,732 untuk bulan ini. Let’s vaccinate faster,” tulisnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya