Johor jangka masuk fasa kedua PPN minggu depan

Johor jangka masuk fasa kedua PPN minggu depan

HASNI Mohammad (tengah) melihat mesin ventilasi sambil diperhatikan oleh R. Vidyananthan (kiri) dan Dr. Aman Rabu (kanan) pada majlis penyerahan tiga mesin itu kepada JKNJ di HSA, Johor Bahru, hari ini. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor yakin akan mengikut jejak enam negeri yang lain melangkah ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada minggu hadapan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, ini susulan keyakinan negeri itu bagi memenuhi semua kriteria yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, ia termasuk nilai ambang untuk mencatatkan pemberian dua dos vaksin kepada lebih 10 peratus daripada peratusan populasi dewasa di negeri ini.

“Setakat hari ini, hampir 10 peratus rakyat Johor sudah divaksin. Pada minggu hadapan, jumlah vaksinasi di negeri ini akan melebihi nilai ambang ditetapkan kerajaan iaitu melebihi 10 peratus.

“Oleh itu, kita yakin Johor akan dapat beralih ke fasa kedua PPN, minggu hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan tiga mesin ventilasi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr. Aman Rabu.

Sabtu lalu, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis dilaporkan memenuhi semua nilai ambang untuk beralih ke fasa kedua PPN berkuat kuasa, Isnin lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika mengumumkan perkembangan itu dilaporkan berkata, kelima-lima negeri berkenaan mencatatkan liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus.

Kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) bagi menyediakan rawatan kepada pesakit Covid-19 di negeri terbabit turut perlu merekodkan penyusutan daripada paras kritikal ke peringkat sederhana.

Isnin lalu, giliran Pulau Pinang menjadi negeri keenam yang beralih ke fasa kedua PPN berkuat kuasa hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN