JIM buka kaunter khas Program Rekalibrasi Pulang PATI di KLIA - Utusan Malaysia

JIM buka kaunter khas Program Rekalibrasi Pulang PATI di KLIA

ISMAIL Mohamed Said bersama Khairul Dzaimee Daud meninjau lokasi Pelancaran Kaunter Program Rekalibrasi PATI di KLIA, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Jabatan Imigresen (JIM) membuka kaunter khas Program Rekalibrasi Pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi 24 jam bagi membolehkan pendatang asing tanpa izin (PATI) hadir melengkapkan dokumen dan seterusnya pulang ke negara masing-masing. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, perkhidmatan itu boleh meningkatkan tahap kecekapan pihaknya dalam melaksanakan program berkenaan selain memudahkan mereka yang ingin pulang ke negara asal tanpa perlu hadir ke pejabat Imigresen. 

“Perkhidmatan yang bermula hari ini adalah satu game changer kepada JIM. Semua syarat program yang ditetapkan sebelum ini masih terpakai,” katanya dalam sidang akhbar pengoperasian Program Rekalibrasi Pulang di KLIA, di sini hari ini. 

Yang hadir sama meninjau proses berkenaan ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, pelaksanaan kaunter khas itu juga akan dipanjangkan ke KLIA2 dan pintu-pintu antarabangsa yang lain. 

Menurut beliau, syarat-syarat utama menyertai Program Rekalibrasi Pulang di KLIA adalah perlu memiliki dokumen perjalanan yang sah, memiliki tiket pulang ke negara asal dan PATI hadir tanpa perlu membuat janji temu (STO) di kaunter imigresen khas pada hari jadual penerbangan. 

“Selain itu, bayaran kompaun RM500 perlu dilunaskan dan perlu mengemukakan ujian RT-PCR Covid-19 sebelum hadir ke KLIA,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sepanjang program itu berlangsung sejak Disember tahun lalu, seramai 248,083 orang PATI mendaftar dalam program berkenaan setakat ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya