Jepun catat peningkatan kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Jepun catat peningkatan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun mencatakan peningkatan kes Covid-19 sebanyak 20 peratus sejak minggu lalu dan sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap penganjuran Sukan Olimpik 2020.

Jepun merekodkan 4,203 kes baharu Jumaat lalu, peningkatan 785 kes berbanding hari sama minggu terdahulu yang menyaksikan 3,419 kes dilaporkan, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kesejahteraan Jepun.

Jangkitan juga meningkat di Tokyo dengan purata kadar positif ujian harian selama tujuh hari melonjak 42 peratus, demikian data diperolehi daripada ibu kota itu.

Merujuk kepada angka berkenaan, pihak berkuasa memberi amaran sistem kesihatan boleh berdepan krisis dan mendesak satu langkah drastik diambil untuk mengekang penularan khususnya varian Delta.

Hanya 23 peratus populasi rakyat Jepun sudah mendapat suntikan vaksin sepenuhnya.

Sementara itu di Britain, 59.5 peratus orang dewasa sudah menerima dua suntikan vaksin, menurut data Kerajaan UK sehingga 22 Julai.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya