Jemaah haji digesa terima vaksin sedia ada - Utusan Malaysia

Jemaah haji digesa terima vaksin sedia ada

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri  menandatangani buku lawatan semasa menghadiri Program Musa’adah 3.0 di Surau Al-Faizin, Taman Serai Permai di Bagan Serai, Perak, hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Bakal jemaah haji di negara ini digesa menerima vaksin yang diberikan oleh kerajaan ketika ini susulan pengiktirafan lebih banyak jenis vaksin oleh Kerajaan Arab Saudi, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kesempatan itu harus diambil oleh jemaah umrah dan haji untuk menerima vaksin yang dibekalkan oleh kerajaan ketika ini.

Menurutnya, Kerajaan Malaysia akan mengguna pakai pengumuman tersebut sebagai kenyataan rasmi Kerajaan Arab Saudi.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi kerana beri ruang luas kepada penerima vaksin. Saya mengambil kesempatan kepada bakal jemaah khususnya umrah dan haji untuk mengambil vaksin yang telah diberikan Kerajaan Malaysia bagi menghadapi Covid-19.

“Dengan kenyataan dikemukakan Arab Saudi, saya berasakan tak ada lagi masalah untuk kita ambil Sinovac bagi menyekat alasan untuk diizinkan ke Mekah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Program Musa’adah 3.0 di Surau Al-Faizin, Taman Serai Permai, di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim), Nasruddin Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya