Jangkitan Covid-19 batal acara bola tampar pantai - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-19 batal acara bola tampar pantai

Acara bola tampar pantai terpaksa dibatalkan selepas pasangan Republik Czech disahkan positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perlawanan pembukaan bola tampar wanita Olimpik Tokyo dibatalkan semalam akibat jangkitan Covid-19.

Ia adalah acara pertama di temasya itu yang terpaksa dibatalkan susulan kes positif dalam kalangan atlet.

Bintang Republik Czech Market Nausch-Slukova diuji positif awal minggu ini, memaksa dia dan gandingannya Barbora Hermannova menarik diri dan memberi kemenangan 2-0 kepada pasangan Miki Ishii dan Megumi Murakami.

Enam orang daripada pasukan Olimpik Republik Czech didapati positif setakat ini dan Jawatankuasa Olimpik negara berkenaan melancarkan siasatan ke atas penerbangan khas yang membawa atlet mereka ke Tokyo.

Slukova, yang mendudukan tempat kelima di Olimpik London pada tahun 2012, dan Hermannova adalah pasangan di ranking ke-16 dunia.

Suami dan jurulatih Slukova, Simon Nausch, serta pemain bola tampar pantai lelaki Ondrej Perusic juga didapati positif Covid-19.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.