Ismail Sabri kekal atau dipecat dibincang MT UMNO malam ini?  - Utusan Malaysia

Ismail Sabri kekal atau dipecat dibincang MT UMNO malam ini? 

ISMAIL Sabri Yaakob (kiri) bersama Bung Moktar Radin pada Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Apakah kedudukan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik Timbalan Perdana Menteri akan tergugat berikutan bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO? 

Difahamkan, mesyuarat MT UMNO secara maya malam ini akan membincangkan perkara itu  kerana parti telah mencapai kesepakatan tidak menerima jawatan nombor dua dalam mesyuaratnya di Janda Baik, Pahang sebelum ini. 

“Setakat hari ini beberapa pemimpin UMNO termasuk bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ada mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikannya. Namun kita percaya ia akan dibincangkan dalam mesyuarat malam ini. 

“Pada masa yang sama, isu keluar dari kerajaan Perikatan Nasional akan menjadi agenda kerana 16 ahli Parlimen turut meanggotai MT,” kata sumber parti kepada Utusan Online.

Ismail Sabri hari ini menerima pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri petang tadi, dengan menyifatkan ia bukanlah satu keistimewaan, tetapi adalah satu tanggungjawab dan amanah yang perlu di galas demi kestabilan politik negara.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya