Industri C&M jana lebih RM142 bilion - Utusan Malaysia

Industri C&M jana lebih RM142 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA:  Industri komunikasi dan multimedia (C&M) kekal mampan biarpun berdepan cabaran, dengan menyumbang 7.9 peratus, atau RM142.96 bilion, menurut Laporan Prestasi Industri (IPR) yang dikeluarkan bagi tahun 2020.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memakllumkan, tahun lalu adalah tempoh mencabar bagi industri C&M berikutan pandemik Covid-19  yang mengakibatkan persekitaran pasaran terkesan terhadap permintaan serta kemunculan beberapa trend baharu.

“Namun, di sebalik cabaran-cabaran yang dihadapi, industri C&M kekal mampan berikutan meningkatnya permintaan terhadap perkhidmatan ditawarkan, hasil peningkatan transaksi dan pembelian dalam talian, hiburan, serta aktiviti belajar dan bekerja di rumah (WFH),” katanya di sini hari ini.

SKMM berkata, permodalan pasaran sektor telekomunikasi pada tahun lalu meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada RM134.42 billion.

“Seperti dijangka, penggunaan teknologi dan kesalinghubungan meningkat dengan mendadak oleh individu dan isi rumah, serta menyumbang kepada sentimen pasaran positif terhadap sektor ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas bagi menambah baik infrastruktur digital dan kesalinghubungan berjaya mengurangkan kesan akibat pandemik terhadap sektor ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya