Hubungan baik dengan Mesir mudahkan ke Gaza  - Utusan Malaysia

Hubungan baik dengan Mesir mudahkan ke Gaza 

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza perlu melalui pihak yang mempunyai hubungan yang baik dengan negara Mesir.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, beliau difahamkan pihak yang mempunyai hubungan baik dengan negara tersebut sebelum ini lebih mudah memasuki Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, katanya, pada masa-masa tertentu, Mesir juga tidak memberi kebenaran kepada pihak luar memasuki semenanjung bergolak itu.

“Kalau nak masuk gaza tu bukanlah mudah, tapi ada cara-cara. Kalau kita boleh bekerjasama dengan Mesir, contohnya, kita boleh masuk melalui mesir.

“Ada dua tiga orang yang berjaya masuk. Bahkan saya fikir (Perdana Menteri), (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) biasa masuk. Jadi itu semua terpulang pada kebenaran di situ.

“Kalau dia nak terbang (masuk) daripada mesir, kena dapat kebenaran dari Mesir. Saya ingat Gaza, dia terima lawatan daripada sesiapapun. Tapi yang sekat Israel,” katanya.

Malah, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, walaupun banyak cabaran yang dilalui namun terdapat NGO berjaya memasuki Gaza untuk menghantar bantuan.

Beliau turut menyatakan, penggunaan ejen untuk memasuki kawasan bergolak tersebut adalah disebabkan situasi semasa yang membuka peluang kepada pihak tertentu bagi meraih pendapatan.

“Tapi kalau kita nak pegi, kita kena sanggup belanjalah,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini tinggal di Gaza dalam Channel Telegram Nadir Al-Nuri mendakwa, kaedah penggunaan ejen yang digunakan oleh Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew ke Semenanjung Gaza akan menyebabkan NGO lain terpaksa menggunakan cara baharu dengan membayar kepada ejen harga yang tinggi.

Dia turut mendakwa, tindakan kerajaan mengadakan kerjasama Malaysia-Mesir hanya untuk melepaskan misi pasukan Ebit Lew masuk ke Semenanjung Gaza tanpa mengira kos yang perlu dibayar dan kesan selepas itu.

Menurutnya lagi, perkhidmatan syarikat itu bukan rahsia bagi penduduk di Gaza, bahkan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya tinggi.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN