‘Harap pengorbanan ini berbaloi’ - Eyka Farhana - Utusan Malaysia

‘Harap pengorbanan ini berbaloi’ – Eyka Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASTINYA ketika ini, ramai yang merindukan dunia tanpa Covid-19. Kita bebas berlari, bertepuk tanpa memikirkan wabak yang mungkin dibawa pulang bersama. Namun, kenyataan itu kadang-kadang pahit untuk diterima.

Mengangguk setuju tatkala soalan itu ditanya, bagi pelakon, Eyka Farhana, dia sendiri seperti tidak boleh duduk diam di rumah tatkala pandemik ini. Dia mungkin sudah terbiasa bekerja dan berkelana.

Namun sebolehnya dia harus kekal duduk di rumah. Bukan paranoid tetapi bagi pelakon cantik ini, dia punya tanggungjawab untuk memastikan seisi keluarga sihat dan terhindar daripada Covid-19.

“Kalau tanya tentang rindu, mestilah saya nak sangat melancong dan paling penting, boleh bekerja seperti biasa. Sekarang hendak shooting pun tak boleh, jadi sedikit sebanyak itu agak membebankan.

“Tetapi ini adalah satu pengorbanan dan harapnya berbaloi. Kita perlu berkorban demi kebaikan semua orang. Jadi tolong duduk di rumah dan keluar bila perlu sahaja okay?” kata Eyka membuka bicara.

Namun sedar tak sedar, sudah hampir dua tahun kita bernafas dalam udara yang cukup menyesakkan ini. Banyak perkara yang harus kita telan dan hadam supaya kelangsungan hidup kekal lancar.

Bagi Eyka, di kala ini kesihatan mental adalah antara perkara yang cukup dititik beratkan. Dia tidak mahu terus terperangkap dalam kemurungan dan negativiti yang perlahan-lahan memakan jiwanya sendiri.

“Kita kena kuat, kalau kita tidak mampu bertahan boleh mental breakdown. Saya sendiri pada mulanya tidak terbiasa. Masa sekarang, kesihatan mental adalah sangat penting.

“Saya cuba pelbagai aktiviti untuk melarikan pemikiran ke arah negatif. Memasak, bersenam. Nasib saya baik sebab duduk bersama keluarga. Jika anda rasa tertekan atau murung, hubungi keluarga atau rakan-rakan.

“Kita juga kena selalu hubungi teman-teman sebab tak tahu apa yang mereka sedang lalui. Bertanya khabar dan jika mampu, bantulah mereka walaupun bukan dari segi kewangan. Cukup menjadi sahabat yang baik,” katanya.

Rahsia cantik

Bergelar antara pelakon yang kekal tampak muda, ramai yang tertanya-tanya rahsia kecantikan anak kelahiran Kuala Lumpur ini. Masakan tidak, dia sering mendapat watak remaja dan budak sekolah.
Di tangga usia 26 tahun, ada yang ‘mencemburui’ keremajaan yang dimiliki gadis kecil molek ini.

“Rahsia cantik, kekal remaja? Tak ada apa pun. Mungkin sebab tubuh badan saya yang kecil molek, jadi nampak remaja sahaja. Saya juga cuba untuk tidak terlalu tertekan dan elakkan stress dalam kehidupan.

“Tapi sebenarnya dah nampak tau dewasa itu di wajah,” selorohnya yang baru-baru ini berkongsi tips kesihatan menerusi siaran langsung di Facebook dengan kerjasama produk kecantikan dan kesihatan, Wellous: LIVEON.

Mengakui cukup mengambil berat soal kesihatan, selaku rakan kerjasama produk LIVEON, Eyka juga sempat menasihati orang ramai supaya menjaga kesihatan fizikal dan mental dan untuk tidak berputus asa dalam apa jua keadaan.

Selain Eyka, LIVEON juga bekerjasama dengan artis-artis terkenal tanah air seperti Scha Alyahya, Farah Nabilah dan Tasha Shilla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya