Gwen Stefani dan Blake Shelton mohon untuk berkahwin di Oklahoma -

Gwen Stefani dan Blake Shelton mohon untuk berkahwin di Oklahoma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi lagu Country popular Amerika Syarikat (AS) Blake Shelton dikatakan bakal mengahwini Gwen Stefani.

Mereka telah mengemukakan permohonan untuk berkahwin di Oklahoma dan mempunyai masa 10 hari untuk mengikat tali perkahwinan mereka sebelum tempoh kebenaran atau lesen berkahwin itu tamat, ETOnline.com melaporkan pada hari Khamis.

Portal TMZ juga mengesahkan pemfailan permohonan itu dengan kerani kehakiman Johnston County dan mengatakan perkahwinan itu akan berlaku hujung minggu ini di ladang Shelton.

Walaupun pasangan telah menjadualkan banyak aktiviti dan perayaan, tetapi rancangan mereka itu dikatakan fleksibel dan bergantung kepada keadaan cuaca.

Sementara itu, sumber memberitahu TMZ bahawa pasangan itu menghantar pesawat peribadi ke Los Angeles untuk membawa keluarga Stefani ke ladang Shelton.

Pasangan ini secara rasmi bertunang pada bulan Oktober lalu setelah berpacaran selama lima tahun.

Stefani dan Shelton pertama kali bertemu pada tahun 2014 di siri NBC “The Voice” dan mula berpacaran pada tahun berikutnya, walaupun Stefani, yang terkenal dengan kumpulan rock No Doubt/

Stefani sebelum itu mengakui tidak mengenali Shelton hinggalah mereka mulai bekerja sama dalam The Voice.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN