Gedik dari dulu ke? - Utusan Malaysia

Gedik dari dulu ke?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau Poklip sebut nama pelakon ini wanita ini, memang ramai yang akan cop, ah! perempuan gedik. Ibaratnya, satu industri tahu kegedikkannya. Tapi ada pula yang gelarkan itu sebagai manja.

Poklip sebenarnya tidaklah kenal sangat dengan pelakon ini. Pernah dua tiga kali terjumpa tetapi kalau hendak kata rapat, jauh sekali. Sekadar kenal atas sebab kerja. Itu sahaja, cukuplah kan.

Nak dijadikan cerita, ada kawan Poklip menyampai dia cukup jelik dengan sikap gedik pelakon itu. Makin hari makin menjadi. Macam tak kena tempat pula dia hendak bermanja. Semua orang adalah abang sayang dia.

Poklip pelik juga, bukankah pelakon itu sudah berkahwin. Apa pula kata suami dia kan kalau tahu isterinya gedik macam ulat nangka di set penggambaran? Atau suami dia reda sahaja dengan perangai gedik isteri dia itu?

Rupa-rupanya, dakwa kawan Poklip tadi, pelakon itu memang gedik sejak azali. Dari zaman belajar pun sudah terserlah kegedikkannya. Sampai sekarang, walaupun sudah bergelar isteri dan ibu, dia masih gedik!

Tergelak Poklip bila dengar dakwaan itu. Yalah, ada orang selepas berkahwin dan bergelar ibu, mereka lebih matang dan pandai bawa diri. Tetapi ada juga yang kekal perangai kebudak-budakkan, hak masing-masing kan.

Tapi bagi Poklip selagi tidak keterlaluan dan tidak melanggar batas-batas pergaulan, nak gedik pun tak apalah. Jangan sampai orang mengata walaupun sudah ada beberapa orang bertanyakan soalan sama, memang gedik dari dulu ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya