Fokus PdPR, rahsia pelajar cemerlang STPM - Utusan Malaysia

Fokus PdPR, rahsia pelajar cemerlang STPM

NAJWA Mohd. Kamal, 20, memeriksa keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 bersama ibu bapanya di Kampung Beladau Kolam di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tumpuan penuh terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) merupakan antara rahsia kejayaan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020, Najwa Mohd. Kamal, 20, yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00.

Lebih manis, Najwa juga merupakan antara 15 pelajar cemerlang STPM seluruh negara selepas meraih keputusan 5A menerusi mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin dan Sejarah.

Najwa berkata, dia tidak pernah mengambil mudah soal PdPR bagi memastikan penguasaan dan kefahaman dalam setiap subjek yang dipelajari walaupun berdepan kesukaran menyiapkan kerja kursus.

“Selain itu saya gemar berkongsi ilmu dengan kawan-kawan dan tidak kisah dijadikan sumber rujukan mereka jika memerlukan bantuan.

“Saya berhasrat untuk mengikut jejak langkah ayah sebagai guru dengan menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beladau Kolam di sini hari ini.

Seramai 741 calon STPM 2020 memperoleh PNGK 4.00 dengan 23 calon daripadanya mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran dan 718 calon lagi mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil.

Najwa yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek bersyukur kerana ibu bapanya, Mohd. Kamal Muda, 59, dan Wan Zaharah Wan Ibrahim, 52, sentiasa memberi semangat untuknya menghadapi peperiksaan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya