Empat PPV Pikas bakal dibuka di Melaka - Utusan Malaysia

Empat PPV Pikas bakal dibuka di Melaka

LIM Ban Hong (tengah) ketika melakukan lawatan kerja ke PPV Pikas Pusat Konvensyen Bayou, Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Empat pusat pemberian vaksin (PPV) penggunaan umum Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) akan dibuka di negeri ini bagi pengagihan vaksin kepada 70,952 pekerja.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong berkata, PPV Pikas pertama akan dibuka di Pusat Konvensyen Bayou, Bukit Katil di sini dan pengagihan vaksin dijangka bermula esok.

Jelasnya, tiga buah lagi PPV akan diwujudkan dalam masa terdekat termasuk dua PPV penggunaan umum dan sebuah PPV Pikas ‘on-site’ untuk menampung keseluruhan 70,952 pekerja yang telah mendaftar.

“Setakat ini sebanyak 613 syarikat membabitkan keseluruhan 70,952 pekerja telah mendaftar untuk penerimaan suntikan vaksin.

“Empat PPV Pikas akan dibuka di negeri ini dengan Pusat Konvensyen Bayou dijangka menjalankan pengagihan vaksin bermula esok membabitkan jumlah sasaran permulaan sebanyak 1,500, dalam masa sehari,” katanya selepas melawat PPV Pikas Pusat Konvensyen Bayou, Bukit Katil di sini hari ini.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya