Dr. M cadang 20 tokoh anggotai MPN termasuk Azalina, Syed Saddiq  - Utusan Malaysia

Dr. M cadang 20 tokoh anggotai MPN termasuk Azalina, Syed Saddiq 

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan 20 individu untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) sebagai usaha untuk menangani pandemik Covid-19. 

Bekas Perdana Menteri itu  berkata, keanggotaan MPN melibatkan individu berpengalaman dalam pelbagai bidang merangkumi perubatan, ekonomi, perundangan, pendidikan dan politik. 

Kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, beliau mencadangkan Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Lin See Yan, Tan Sri Mohd Hassan Merican, Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan Prof. Dr. Jomo K. Sundram untuk menganggotai MPN. 

“Selain itu, dalam bidang perubatan, saya mencadangkan Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman, Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, Prof. Datuk Dr. Lam Sai Kit, Datuk Dr. Musa Nordin, Datuk Dr. Amar Singh HSS dan Dr. Kumitaa Theva Das.

“Saya juga ingin mencadang beberapa pakar perundangan yang perlu untuk memastikan segala tindak-tanduk MPN itu tidak mencabar kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan negara iaitu Prof. Datuk Shad Faruqi, Prof. Datuk Salleh Buang.

“Untuk mengatasi masalah pendidikan, saya bercadang memberi penekanan kepada pembelajaran dari rumah dan menggunakan televisyen dan program-program yang dirakam oleh ahli-ahli akademik, guru-guru dan pendidik terbaik supaya ibu bapa mudah membantu anak mereka dan ini dapat dirangka oleh Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, Tan Sri Mohd. Shukri Ab Yajid dan Samuel Isaiah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau turut mencadangkan ahli politik iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said (UMNO), Hannah Yeoh (DAP) , Ahmad Fahmi Fadzil (PKR) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas) untuk menyertai MPN namun bukan atas dasar kepartian tetapi usaha yang telah dilakukan. 

 katanya. 

10 Jun lalu, Dr. Mahathir mencadangkan buat pertama kali penubuhan MPN semasa menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyamai Majlis Gerakan Negara 1969 (Mageran). 

Cadangan berkenaan timbul setelah beliau menilai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah gagal mengurus keadaan politik negara dan pandemik Covid-19 selain kes jangkitan merekodkan lebih 17,000 kes sehari. 

Kerajaan membuat keputusan menubuhkan MPN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang bertindak sebagai penyelaras majlis tersebut. 

Dr. Mahathir sebelum ini mendakwa MPN yang merupakan cetusan idea partinya dipolitikkan apabila ia diterajui Muhyiddin yang memimpin PN sekaligus tidak akan berkesan dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya