PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengesa kerajaan untuk memberi perhatian kepada masalah dan nasib dihadapi kira-kira 23,000 doktor kontrak yang belum diselesaikan sehingga kini.
Beliau berkata, tindakan hartal atau mogok dilancarkan jelas menunjukkan mereka amat kecewa apabila kerajaan telah gagal menyelesaikan masalah dihadapi mereka.
“Mereka kerja bertungkus-lumus sesetengah mati, malah ada yang terkorban tetapi kerajaan pandang ringan keluhan mereka. Sehingga kini belum ada kepastian walaupun janji demi janji diberikan kerajaan.
“Saya desak kerajaan jangan pandang ringan terhadap status 23,000 doktor kontrak dan selesaikan masalah ini dengan segera,” katanya dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.










