PETALING JAYA: Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dua sisi cerita dodol, di Melaka dan Kedah.
Siapa tidak kenal dengan makanan tradisional itu khususnya orang Melayu.
Ada orang kata, dodol yang dihasilkan orang Melaka, ‘sedap, hawau’ (maksudnya terlampau sedap).
Tak terkecuali juga orang Kedah kata, sedap baq hang.
Pendapat anda? Sila gunakan tanda pagar #DodolMelaka atau #DodolKedah untuk komentar. Mana lebih sedap?
Layari Facebook Utusan Online untuk komentar https://www.facebook.com/221096761346/posts/10158112663006347/?d=n
Apapun, Utusan Malaysia mendoakan bisnes dodol Pak Lan (Roslan Bakar) di Kedah dan Pak Nawi (Masnawi Yusof) di Melaka terus berjaya.










