Dipijak dan dibenamkan ke dalam sungai, kanak-kanak maut di tangan bapa tiri

Dipijak dan dibenamkan ke dalam sungai, kanak-kanak maut di tangan bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat cedera parah ekoran dipijak sebelum dibenamkan ke dalam sungai oleh bapa tirinya.

Dalam keterangan kepada polis, ibu kandung mangsa mengakui suaminya sering mendera kanak-kanak malang itu.

“Mangsa telah dipijak oleh ayah tirinya itu, kemudian dibenamkan di sungai,” kata ketua bahagian jenayah polis Palembang Tri Wahyudi seperti yang dipetik dari Kompas.

Katanya, kejadian berlaku pada Isnin 26 Jun lalu apabila mangsa didera oleh bapa tirinya itu hingga tidak sedarkan diri.

Jiran yang menemukan mangsa sudah tidak bermaya telah membawanya ke hospital dan turut melaporkan kepada polis.

Korban telah dirawat selama beberapa hari di hospital umum di Palembang.

Namun, disebabkan kecederaan yang dialaminya sangat serius, mangsa akhirnya meninggal dunia.

Hasil pemeriksaan perubatan kata Tri, mangsa didapati mengalami pecah gegendang telinga kiri dan tulang bahu juga patang akibat dianiaya bapa tirinya itu.

Ketika ini polis sedang memburu bapa tiri mangsa kerana sebaik sahaja mengetahui mangsa dihantar ke hospital, bapa tirinya itu telah melarikan diri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN