Dhabitah layak, Wendy gagal ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Dhabitah layak, Wendy gagal ke separuh akhir

NUR Dhabitah Sabri ketika beraksi dalam pusingan awal semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya meloloskan diri ke pusingan separuh akhir dalam acara 3 meter papan anjal pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menamatkan aksi kelayakan di tempat ke-10, sebentar tadi.

Pada saingan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu, Dhabitah menampilkan aksi membanggakan apabila mengumpul 291.60 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Hanya 18 daripada 27 penerjun yang beraksi dalam pusingan kelayakan akan melayakkan diri ke saingan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung esok.

Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee gagal untuk meneruskan kemaraan apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ke-20 dengan 251.95 mata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya