PETALING JAYA: Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan sehingga pukul 5.15 petang ini selepas terdapat dua kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen.
Timbalan Speaker, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, kes pertama membabitkan seorang petugas Parlimen yang berada di bangunan tersebut pada 26 hingga 28 Julai, manakala kes kedua dikesan positif hari ini.
Katanya, maklumat itu dimaklumkan kepada Parlimen melalui surat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan surat itu, katanya, penilaian risiko daripada siasatan awal menunjukkan kedua-dua kes tersebut dikhuatiri berada di beberapa lokasi di sekitar parlimen. – UTUSAN ONLINE