Desaru Coast diiktiraf 100 destinasi terbaik dunia 2021 - Utusan Malaysia

Desaru Coast diiktiraf 100 destinasi terbaik dunia 2021

PUSAT percutian Desaru Coast yang terletak di Kota Tinggi diiktiraf sebagai 100 destinasi terbaik dunia 2021 oleh Time Magazine di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Meskipun sektor pelancongan terjejas, pusat percutian Desaru Coast di negeri ini diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 destinasi terbaik dunia 2021 oleh majalah antarabangsa, Time Magazine.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Coast Destination Resort, Roslina Arbak berkata, senarai yang diterbitkan pada 20 Julai lalu itu berdasarkan maklumat dikumpulkan oleh koresponden antarabangsa bersama pakar industri dari seluruh dunia.

Jelasnya, pihaknya sangat berbesar hati kerana menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Kami berbesar hati kerana diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh syarikat penerbitan terkenal, dan kami bangga untuk mewakili Johor dan juga Malaysia. Ini adalah pencapaian yang mengagumkan bagi sebuah pasukan yang baharu dua tahun beroperasi apatah lagi dalam tempoh yang mencabar untuk industri ketika ini.

“Dengan pengiktirafan ini, kami tidak sabar meraikan kedatangan pengunjung dari seluruh dunia apabila aktiviti pelancongan kembali dibenarkan nanti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Roslina, Desaru Coast adalah satu-satunya destinasi percutian di Malaysia yang tersenarai dalam pengiktirafan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya