PETALING JAYA: ‘Eh takpe bro, is ok. Nak sumbang bagi kat Cinta Gaza Malaysia je”.
Demikian jelas Firdaus Wong, pendakwah bebas terkenal dalam akaun Twitter miliknya mengenai mesej Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman kepadanya.
Muhammad Nadir dalam sesi townhall menegaskan hanya mengambil tiga peratus daripada dana RM20 juta untuk membayar tenaga kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sekali gus menjawab persoalan Pendakwah Popular, Ebit Lew yang mempersoal tentang dana yang disalurkan kepada CGM.
Firdaus Wong pada awalnya menulis: “Selesai program, saya minta Muhammad Nadir bagi nombor akaun peribadi untuk kami berikan sedikit saguhati. Dalam hati saya, Allah pilih dia (Muhammad Nadir) wakil kita di Gaza”.
Malah katanya, Muhammad Nadir menolak sumbangan itu tetapi meminta dimasukkan kepada CGM.
Beliau kemudiannya mendoakan semoga Allah merahmati dan memelihara Muhammad Nadir.