Daging korban untuk penduduk PKPD - Utusan Malaysia

Daging korban untuk penduduk PKPD

RAZMAN Zakaria (tengah) menyampaikan daging korban kepada seorang petugas barisan hadapan untuk diagihkan kepada penghuni Apartmen Tropicana Bukit Merah yang dikenakan PKPD di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Sebanyak 72 bungkusan daging korban diagihkan kepada penghuni Apartmen Tropicana di Bukit Merah di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan Covid-19 hari ini.

Daging korban itu adalah sembelihan pada program korban sempena AidilAdha yang diadakan di beberapa buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Bekalan Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, daging korban itu diagihkan kepada penduduk di pangsapuri itu agar mereka juga dapat merasai suasana sambutan Aidiladha yang dirayakan hari ini.

“Aidiladha sinonim dengan ibadah korban namun penduduk yang lokaliti mereka dikenakan PKPD tidak boleh keluar ke mana -mana melainkan hanya menyambut Aidiladha di kediaman masing -masing.

“Untuk itu kita hantar agihan daging korban ini kepada mereka supaya mereka juga dapat merasainya, kita tidak mahu mereka rasa terpinggir semasa AidilAdha,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya