Covid-19 Pahang: 321 kes baharu, tiga kematian - Utusan Malaysia

Covid-19 Pahang: 321 kes baharu, tiga kematian

DR. BAHARI CHE AWANG NGAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang mencatatakan pertambahan kes berbanding semalam iaitu sebanyak 321 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah ke angka 16,783 kes hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Bahari Che Awang Ngah berkata, berdasarkan jumlah kes baharu itu, 266 kes merupakan warganegara Malaysia manakala 55 kes warganegara asing. 

Menurutnya, sebanyak 317 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan, empat kes import iaitu satu kes dari Kuala Lumpur dan tiga kes dari Selangor.

“Terdapat 136 kes diperoleh daripada saringan kluster, 130 saringan kontak rapat, 18 saringan bergejala, 33 saringan bersasar, dua saringan pra-pekerjaan, satu saringan prakemasukan dan satu saringan pengembara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr. Bahari berkata, terdapat tiga kes kematian baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di negeri ini meningkat kepada 181 kes.

“Kes kematian pertama merupakan seorang lelaki berusia 46 tahun dari Felda Jengka 14, Maran yang mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga.

“Dua lagi kes kematian dari Kuantan membabitkan seorang lelaki berusia 57 tahun dari Taman Bukit Goh manakala seorang lagi warga emas berusia 71 tahun dari Peramu Maju dan mempunyai kaitan dengan Kluster Pasar Kemunting,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN