Buka masjid, surau selepas PICK pulih kesihatan mental rakyat - Mufti Wilayah - Utusan Malaysia

Buka masjid, surau selepas PICK pulih kesihatan mental rakyat – Mufti Wilayah

LUQMAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembukaan masjid dan surau secara berperingkat sejurus selepas keberkesanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilihat antara langkah terbaik bagi memulihkan semula aspek kesihatan mental dalam kalangan rakyat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah berkata, masyarakat tercari-cari ruang bagi mententeramkan jiwa setelah terkesan akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap agar aspek keagamaan sentiasa mendapat perhatian pihak kerajaan dalam usaha menangani peningkatan kes bunuh diri ketika ini.

“Secara realitinya, masyarakat kini sedang menghadapi pelbagai tekanan akibat Covid-19. Aspek emosi dan kesihatan mental individu yang terjejas boleh menyebabkan kecelaruan dalam berfikir seterusnya mendorong perilaku bercanggah syarak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, masyarakat disaran terus mengamalkan sikap ambil peduli, cakna dan saling membantu terhadap individu yang kurang bernasib baik.

Di samping itu, kata Luqman, pihaknya menyarankan umat Islam yang akan menjalani ibadah korban sempena Aidiladha kelak agar mengutamakan pengagihan daging korban kepada ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan kenalan yang ditimpa kesusahan dengan mematuhi ketetapan prosedur operasi standard (SOP) semasa.

“Pemberian ini serba sedikit dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN