Budu jadi lauk sembilan beranak - Utusan Malaysia

Budu jadi lauk sembilan beranak

MOHD. Kamal Ariffin (tengah) menerima bakul makanan sumbangan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Duyung di rumahnya di Kampung Duyung Kecil, Kuala Terengganu. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kesempitan hidup sembilan beranak di Kampung Duyung Kecil di sini menyebabkan adakalanya mereka hanya menjamah nasi dengan berlaukkan budu atau kicap.

Keadaan itu terpaksa dilalui keluarga berkenaan selepas Mohd. Kamal Ariffin, 48, ditimpa kemalangan hingga kaki kanannya patah dan tidak mampu lagi bekerja sebagai penghantar ikan ke pasar borong.

Katanya, ketika ini dia hanya bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM900 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara isteri dan tujuh anak yang berusia antara setahun hingga 15 tahun.

“Kehidupan kami ala kadar sahaja termasuk pada hari raya, kadang-kadang terpaksa makan nasi dengan budu atau kicap.

“Saya pernah menangis di depan kedai sebab tidak cukup duit untuk membeli barang dapur dan kini hanya mampu berdoa agar ada sinar buat kami terutama enam anak yang masih bersekolah,” katanya selepas menerima bakul makanan sumbangan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong di kediamannya di sini hari ini.

Mohd. Kamal bagaimanapun lega kerana bayaran sewa rumahnya ditanggung Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di samping turut mendapat bantuan penduduk setempat.

Sementara itu, Guru Besar SK Duyung, Abd. Rahim Abd. Rahman berkata, program bakul makanan tersebut mula dilancarkan sejak pertengahan tahun lalu dan hingga kini hampir 100 keluarga murid sudah menerima manfaatnya.

Katanya, sumbangan itu hasil kutipan derma sebanyak RM4,000 yang berjaya dikumpul warga sekolah bagi meringankan beban golongan sasar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN