PETALING JAYA: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik memuat naik status di Twitter mengenai ‘kesilapan’ Parlimen yang meletakkan beliau masih ‘bernaung’ di bawah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
‘Kesilapan’ itu melalui kertas nota yang dilekatkan di biliknya di Bangunan Parlimen.
“Bersama dengan Langkawi (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Jerlun (Datuk Seri Mukhriz Mahathir),” katanya.
Ketika ditanya YB (Yang Berhormat) parti apa?, beliau menjawab: “Bebas – bersama Pakatan Harapan”.










